POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

30 Jun 2009

Posting Pertama Dan Salam Perkenalan ... 

Dicatat oleh abangmali On 8:58 PTG 1 ulasan


Salam sejahtera dan salam persahabatan diucapkan kepada para pembaca yang sudi melayar laman blog ini. Harapan saya semoga kita semua mendapat menafaat daripada apa yang akan dikongsikan bersama sepanjang blog ini bernyawa.

Hari ini dan saat ini merupakan hari pertama saya menyiapkan blogspot ini dan masih banyak lagi perkara yang perlu disiapkan serta ditokok tambah di dalam blog ini kerana inilah blog kelahiran pertama saya(Abang Mali) yang dapat saya siapkan setakat ini. Banyak juga kesulitan dihadapi semasa mengolah elemen-elemen blogspot ini. Memang mencabar dan menyeronokan juga dibuatnya. Yalah,ini kerana kepuasan yang diperolehi di atas perkara yang kita minat untuk melakukannya.

Abang Mali pada mulanya memang sudah lama nak berblog tetapi disebabkan banyak kerja yang perlu disiapkan(sibuk surfing jer...)maka niat mulia tersebut terpaksa ditanggguhkan. Sebagai seorang pelayar internet tegar agak sukar nak bahagikan masa dalam menumpukan kepada perkara apa yang perlu disiapkan. Memang sikap Abang Mali nie ketagih dengan melayari internet sepanjang masa. Mencari maklumat-maklumat dan pelbagai informasi yang diminati dan pelbagai lagi perkara di internet telah mendarah daging di dalam diri.

Oleh kerana kurang kesedaran tentang kepentingan masa dan kepentingan maklumat serta sifat kurang ambil tahu permasalahan sekeliling telah membuatkan diri Abang Mali menjadi seorang yang suka seronok dengan diri sendiri (macam syok sendiri la...). Melayari internet tanpa hala tuju,seronok sendiri jer...,banyak masa yang terbuang tanpa faedah.

Sejak akhir-akhir ini,sedikit demi sedikit tumbuh pula perasaan ingin menjenguk dunia blogger ini.Ingin berkongsi cerita,pengalaman,coretan dan apa saja yang berfaedah untuk diri sendiri serta semua insan yang berada di luar sana. Tidak kiralah anda siapa (tetapi semestinya faham Bahasa Melayu la...).

Sepanjang pengalaman melayari dunia internet,dunia blogger telah menjadi satu fenomena yang amat dahsyat perkembangannya. Meletus bagaikan gunung berapi yang memuntahkan lahar-laharnya serta mengempakan seluruh planet bumi ini. Barangkali gempa ini berukuran skala richter 200.00 (hehehe) , gunung berapi blogger ini telah meneggelamkan hampir kesemua gunung-gunung berapi yang lain (harap faham yer...).

Kekuatan letusan gunung berapi blogger telah mengeluarkan banyak bahan galian yang bermutu tinggi seperti letusan gunung berapi semulajadi. Banyak pula faedah yang kita dapat dari kesan letusan itu tadi walaupun banyak mangsa yang terkorban. Maaf Abang Mali berkias-kias pula. Sekarang ini blogger sama ada dari wordpress atau blogspot atau seangkatan dengan istilah blogger bukan lagi sesuatu yang asing dalam dunia kita. Dulu mungkin sekitar tahun 1999 sehingga 2007 istilah blog jarang kita faham maksudnya bagi sesetengah pihak yang jarang atau tidak pernah melayari internet.

Tetapi kini agak berbeza pula keadaannya,manakan tidak,di dada akhbar sejak kebelakangan ini ada pihak mengeluarkan saman serta mengeluarkan waran tangkap pula kepada segelintir para blogger. Panas,panas,panas. Satu perkara yang menarik pula ada pihak mencadangkan agar para blogger perlu didaftarkan...ini lagi hangat!!!

Tak kurang juga,terdapat kolum-kolum di dalam sesetengah akhbar yang memang dikhaskan untuk menerbitkan isu-isu yang dibangkitkan oleh para blogger untuk melariskan jualan akhbar syarikat mereka. Bayangkanlah...penangan ramuan blogger kini. Amat dahsyat. Tak cukup dengan itu,malah filem-filem drama di kaca televisyen negara kita juga menggunakan istilah blog di dalam skrip filem mereka.

Terbaru , drama bersiri Lagenda 'e-toyol.com' terbitan TV3 yang berlangsung setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang menggunakan konsep berblog untuk mewujudkan watak toyol. Idea!. Macam-macam ada dengan blog sekarang ini.Macam-macam boleh buat ooo...

Coretan untuk post kali ini hanya sekadar sedikit perkenalan dan pandangan daripada Abang Mali saja. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari oleh Abang Mali jika nak dibandingkan dengan otai-otai blogger yang beribu-ribu diluar sana tu. Salam otai-otai semua.

Baiklah,mungkin setakat ini saja coretan yang mampu ditulis dan Abang Mali masih ada banyak perkara nak disiapkan di dalam blogspot ini. "HIDUP DUNIA BLOGGER SAMA ADA YANG BERBAYAR ATAU PERCUMA".

Bermulalah episod baru DUNIA BLOGKU di BLOGGER...!

Sekian,jumpa lagi.




Bookmark and Share
Bookmark and Share
Anda suka dengan artikel di atas? Silalah melanggan setiap artikel ( 100 pelanggan yang melanggan can't be wrong ) RSS Feed
Sesuatu komen/kritikan yang membina daripada anda akan MEMBANTU PENULIS MENERBITKAN ARTIKEL YANG LEBIH BERMUTU. Oleh itu, sila pos komen anda untuk artikel ini dan kongsikan pandangan anda dengan pembaca/pengunjung yang lain. Saya amat menghargai setiap komen daripada anda.
Add a Reply / Comment
Maka, Pastikan Anda Melanggan :

(Sil'a pastikan anda mengaktifkan 'link langganan pengesahan' di dalam kotak e-mail Anda)

Dapatkan Artikel Terus ke Email Anda

Dapatkan terus artikel-artikel daripada AbangMali.blogspot.com ke email anda!Sila masukkan email anda di bawah:

Dihantar oleh FeedBurner

Powered by FeedBurner