POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

19 Julai 2009

Kuasai Matematik ... 

Dicatat oleh abangmali On 11:17 PTG 0 ulasan

Salam sejahtera kepada semua , Abang Mali berharap kita semua sentiasa sihat wal'afiat...
Di kampung Abang Mali , Sg. Besar , sejak kebelakangan ini hujan selalu turun pada waktu awal pagi dan kadang-kala tu hujan pada waktu petang.

Mmm ... untuk artikel ini , Abang Mali akan berkongsi dengan semua pelajar di luar sana yang akan menduduki peperiksaan awam di sekolah rendah dan menengah pada tahun ini , 2009 , tentang bagaimana nak menguasai subjek matematik supaya anda dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan matematik kelak.

Baiklah , kita terus kepada perbincangan tajuk artikel ini , ok. MATEMATIK . Subjek matematik (math) merupakan satu mata pelajaran yang amat penting untuk dikuasai oleh semua pelajar kerana ia adalah ilmu teras kepada pembangunan ketamadunan kemajuan sesebuah bangsa dan negara.

Walaupun masih banyak ilmu teras yang lain perlu dipelajari , math adalah di antara subjek utama yang mesti untuk seseorang pelajar lulus di dalam peperiksaan kelak. Ia penting! .

Subjek math juga dikategorikan sebagai salah satu subjek yang ditakuti oleh sebilangan besar para pelajar di sekolah. Malah di pusat pengajian tinggi juga subjek yang melibatkan pengiraan merupakan subjek yang masih sukar untuk dikuasai oleh sebilangan para siswazah.

Kenapa begitu? Jawapannya adalah kecenderungan kita. Senang cakap , MINAT. Ya , jika kita menimbulkan rasa suka kepada sesuatu pelajaran , maka pelajaran tersebut akan menjadi mudah walau sesukar mana sekalipun ia. Minat , suka , cinta , jika kita memupuk sikap-sikap ini ke dalam pembelajaran subjek yang sukar dikuasai , percayalah ia akan menjadi mudah.

Abang Mali percaya ada banyak jalan penyelesaian yang telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu sama ada di sekolah ataupun di pusat pengajian tinggi untuk memastikan anak didik mereka mampu menguasai subjek yang melibatkan pengiraan.

Di sini Abang Mali akan berkongsikan beberapa tips yang mungkin akan membantu anda menguasai subjek math.

  • Subjek math nie melibatkan pengiraan , maka subjek-subjek yang melibatkan pengiraan perlu dilakukan setiap hari. Sekurang-kurangnya 1 jam sehari. Jawab sebanyak mungkin soalan-soalan mengikut topik dari asas hingga pertengahan.
  • Kuasai asasnya dahulu. Ya , untuk mendalami math , kita wajib menguasai asas-asasnya dulu. Contoh , asas penambahan , penolakan , pembahagian , pendaraban dan asas-asas nombor. Ini penting!
  • Bila asas sudah dikuasai dengan baik , maka , kita perlu melakukan latihan tubi. Jawab sebanyak mungkin soalan yang berkaitan dengan asas-asas tersebut. Walaupun kita sudah berada di pengajian tinggi sekalipun , latihan menjawab soalan asas ini adalah penting untuk memantapkan penguasaan ke subjek sukar yang lain. Percayalah!
  • Bagi mereka yang ingin memahirkan math secara pantas , kita perlu menjawab soalan-soalan yang sama sebanyak 5 kali ulangan. Dilakukan secara pantas. Maksudnya , setiap soalan itu perlu dilakukan sebanyak 5 kali ulangan secara pantas. Kita selesaikan dan buat jalan pengiraan berkali-kali untuk soalan yang sama.Tak kisahlah 5 kali atau 20 kali, terserah kepada anda. Ini akan memahirkan kita tentang selok-belok cara pengiraan sesuatu soalan. Lagi banyak kita buat semula jawapan untuk setiap solan , kita akan bertambah mahir. Macam kita kena denda dengan cikgu laa , buat sesuatu karangan tu 100 kali. Hahaha , sampai jari bengkak.
  • Untuk menjadikan kita lebih fokus dan terarah , kita perlu kreatif , contohnya jika kita ternampak nombor plat sesuatu kenderaan , kita akan menambah atau mendarab gabungan nombor plat berkenaan. Contoh , jika nombor plat motor bapa kita WER 3452 , maka kita boleh buat penambahan di antara angka-angka yang tertera di plat itu. Misalnya , 3+4+5+2=14 atau 3x4x5x2=120 . Ini bergantung kepada kreativiti anda. Tujuan kita berbuat begini supaya minda kita dapat berfikir dan ia boleh membantu menambah serta merangsangkan neuron-neuron di dalam otak kita.
  • Tips yang lain pula , kita perlu bahagikan masa seharian kita. Ini penting! Kenapa nak kena bahagikan masa seharian kita Abang Mali? Ini supaya anda lebih terurus. Sebagai seorang pelajar , jadual masa adalah penting , MUSTAHAK! Kita sebagai pelajar/siswazah terdedah dengan pelbagai aktiviti sama ada di dalam sekolah/kampus ataupun di luar sekolah/kampus. Masa yang kita miliki perlu diuruskan dengan sebaik mungkin. So, buatlah jadual aktiviti anda yer ... pandai-pandailah anda menjadualkan masa anda!
  • Baiklah sekarang fokus kepada SAAT! . Setiap kali nak memahirkan math kita perlu fokus kepada setiap SAAT. Apa tu fokus kepada setiap SAAT? Macam nie , tukarkan setiap minit kepada saat. 1 minit = 60 saat. OK.
  • Sekarang gunakan setiap saat anda yang terbuang tu dengan buat ulangkaji minda. Contoh , semasa kita menunggu bas sekolah , menunggu guru masuk ke kelas , menunggu beratur di kantin , menunggu awek datang (hehehehe) , maka gunakan setiap saat masa yang terluang itu untuk mengulangkaji secara minda. Maksudnya buat kaedah ulangkaji secara imaginasi. Dalam kepala tu bayangkan formula-formula math dan kita terokai setiap formula tu dan kaitkan ia dengan soalan-soalan yang telah kita ulangkaji. Senangkan.
  • Gunakan setiap saat itu dengan sebaik mungkin. Contoh ketika kita bercermin di dalam bilik , ketika kita sedang mandi , ketika kita sedang pakai pakaian nak ke sekolah , ketika kita sedang berjalan-jalan nak ke sekolah , ketika kita sedang menaiki kenderaan nak ke sekolah ... so , kita gunakan kaedah imaginasi di dalam kepala kita untuk menjawab soalan-soalan math atau kita membayangkan kegunaan formula-formula tertentu. Maka, jika kita telah terbiasa dengan cara ini , minda kita pasti bertambah maju. Masa kita pun taklah terbuang begitu saja. Bila MINIT telah di tukar menjadi SAAT , ruang masa itu akan menjadi lebih besar dan kita pun akan merasa kurang tertekan. Tapi ingat , gunakan masa tersebut. Okay!
  • Bayangkan , 1 jam = 60 minit , 60 minit= 3600 saat , maka , 24 jam = 86,400 saat. Banyak tu ... 84,600 saat = 1 hari. So , kalau sebulan = 30 hari x 84,600 = 2.538juta saat. Maka sebulan kita memiliki 2,538,ooo saat. Anda boleh bayangkan dah berapa banyak saat kita yang terbuang? . Jawab sendiri laa yer...
Abang Mali rasa itu saja tips yang ingin dikongsikan bersama. Jika anda mempunyai cadangan yang lain silalah luahkannya di ruang komen untuk artikel ini , ok!

Semoga para pelajar/siswazah akan berjaya meneruskan perjuangan anda di arena keilmuan masing-masing. Di harap andalah kelak yang akan mencorak peradaban bangsa dan negara kita ke arah kemakmuran. Ucapan Abang Mali , semoga anda semua berjaya dunia dan akhirat!
Amin.

Sekian.

Bookmark and Share
Bookmark and Share
Anda suka dengan artikel di atas? Silalah melanggan setiap artikel ( 100 pelanggan yang melanggan can't be wrong ) RSS Feed
Sesuatu komen/kritikan yang membina daripada anda akan MEMBANTU PENULIS MENERBITKAN ARTIKEL YANG LEBIH BERMUTU. Oleh itu, sila pos komen anda untuk artikel ini dan kongsikan pandangan anda dengan pembaca/pengunjung yang lain. Saya amat menghargai setiap komen daripada anda.
Add a Reply / Comment
Maka, Pastikan Anda Melanggan :

(Sil'a pastikan anda mengaktifkan 'link langganan pengesahan' di dalam kotak e-mail Anda)

13 Julai 2009

FACEBOOK Bernilai USD 1.5 Billion ? 

Dicatat oleh abangmali On 11:40 PTG 0 ulasan



Hi salam semua , dah beberapa hari ini Abang Mali agak sibuk menyiapkan tugasan peribadi yang agak mustahak. Maaf la , Abang Mali jarang menghantarkan artikel kebelakangan ini.



Baiklah , hari ini mungkin kita akan berkongsi sedikit cerita mengenai laman web sosial popular dunia. Tapi sebelum itu , kita tahu tak laman web sosial manakah yang paling popular sekali di dunia? . Abang Mali agak semua tahu akan jawapannya. Ya , FACEBOOK.


Latar belakang sejarah Facebook ini bermula daripada hobbi seorang remaja yang suka berborak-borak dengan rakan kuliahnya melalui laman interaktif yang diciptanya sendiri. Remaja berkenaan telah membangunkan satu aplikasi laman bersosial yang hampir sama dengan Myspace dan Friendster tetapi lain orang lain keunikannya. Begitulah juga laman sosial yang dibangunkan oleh remaja tersebut amat berlainan.

Pada mulanya aplikasi ini digunakan untuk memudahkan rakan-rakan remaja tersebut berkenalan di antara satu sama lain. Oh ya , remaja tersebut belajar di Harvard pada ketika itu , semasa beliau sedang mengasaskan Facebook. Beliau dilahirkan pada tahun 1984 di New York dan mengasaskan Facebook pada tahun 2004. Oleh kerana kehebatan dan kunikan yang dimiliki oleh Facebook , ia menjadi aplikasi bersosial yang paling popular di Harvard.

Macam bom atom meletupkan Hiroshima begitulah yang terjadi pada Facebook. Jangan salah faham pula , bukan memusnahkan tapi ia (Facebook) meninggalkan kesan yang amat besar di Harvard , manakan tidak kerana dalam masa beberapa bulan sahaja kolej-kolej dan sekolah-sekolah di daerah barat tersebut telah terkena 'virus fb'. Setahun selepas kewujudan Facebook barulah ia dibuka kepada orang ramai untuk menjadi ahli.

Pengasas Facebook ( lihat gambar yer... ) , Mark Zuckerberg bersama-sama rakan programmernya telah menjadikan Facebook sebagai laman sosial networking yang terbaik di dunia. Setelah 2 tahun kewujudannya ketika itu , banyak laman-laman sosial yang popular seperti Myspace dan Youtube telah dijual dengan harga berbillion dollar. Contoh , Youtube telah dibeli oleh Google dengan harga USD$ 1.5 Billion. Namun begitu , Mark Zuckerberg bila ditawarkan oleh Google dan Yahoo untuk membeli Facebooknya itu dengan harga USD$ 1 Billion , beliau dengan selamba menolak tawaran tersebut dan mengatakan "Facebook bukan untuk dijual".

Fuhh , gila agaknya si Mark nie tolak tawaran hebat macam tu... , kalau kita dah jual dah...!
Dunia CNN goncang seketika melaporkan akan berita tersebut kepada dunia. Tohmahan demi tohmahan diposkan kepada si Mark. Tapi beliau tetap dengan selambanya. Setelah 3 tahun beroperasi , hasilnya , beliau telah ditabalkan sebagai "world youngest self-made billionaire" oleh Majalah Forbes dengan anggaran harta berjumlah USD$ 1.7 Billion. Kini beberapa billionaire dunia telah membeli sedikit saham di dalam Facebook , antara mereka adalah Syarikat Yahoo , pengasas Paypal , Li Ka-Shing (multi-billionaire Hong Kong) dan banyak lagi.

Yang paling menarik , syarikat-syarikat makanan segera terkenal dunia juga memiliki akaun di Facebook ; McDonald , Kfc dan sekarang hampir semua syarikat perniagaan di dunia akan memaparkan iklan mereka di Facebook.

Kini aplikasi Facebook semakin canggih dan kalau kita nak tau banyak dah orang yang kaya-raya melalui Facebook. Kita bila pula ? .

Sekian.









Bookmark and Share
Bookmark and Share
Anda suka dengan artikel di atas? Silalah melanggan setiap artikel ( 100 pelanggan yang melanggan can't be wrong ) RSS Feed
Sesuatu komen/kritikan yang membina daripada anda akan MEMBANTU PENULIS MENERBITKAN ARTIKEL YANG LEBIH BERMUTU. Oleh itu, sila pos komen anda untuk artikel ini dan kongsikan pandangan anda dengan pembaca/pengunjung yang lain. Saya amat menghargai setiap komen daripada anda.
Add a Reply / Comment
Maka, Pastikan Anda Melanggan :

(Sil'a pastikan anda mengaktifkan 'link langganan pengesahan' di dalam kotak e-mail Anda)

11 Julai 2009

Nak Tahu Cara Sebenar Buat Duit Di Internet. 

Dicatat oleh abangmali On 12:01 PG 0 ulasan


Sakit kepala nie dibuatnya , bertubi-tubi YM Abang Mali digasak dengan soalan-soalan cepu emas tentang tajuk dan topik online money making. Macam kena serangan hendap ala kombat gitu ... kat YM.

Barulah Abang Mali tahu , rupanya banyak diantara kita yang masih kabur-kabur tentang cara sebenar online bisnes ini. Kebanyakan di antara kita masih kurang mengerti makna sebenar buat duit di internet.

Baiklah , jika kita teliti dengan mendalam ada 3 kelompok besar mazhab buat duit di internet. Mazhab pertama aliran peniaga sebenar internet. Mazhab kedua , aliran pengikut yang mengikut mazhab yang pertama. Mazhab ketiga pula aliran pengikut yang menganut ajaran sesat. Aii... ada juga mazhab sesat dalam perniagaan internet nie yer Abang Mali?. ADA!!! . Macam mana nak kenal mazhab-mazhab ini yer...? Senang jer tak susah. Cuma kita perlu rajin untuk mengenali mereka , itu jer.

Oklah , Abang Mali akan memberikan penerangan seringkas mungkin mengenai mazhab-mazhab ini. Jika ada otai-otai IM Malaysia yang membaca artikel blog ini , silalah tinggalkan komen yer... .

Mazhab pertama ialah peniaga sebenar yang mengikut aliran perniagaan yang tulen di internet. Mazhab ini kebiasaannya melakukan perniagaan seperti melakukan perniagaan di dunia sebenar. Cuma mereka menggunakan platform yang berlainan saja iaitu internet-online bisnes. Mereka ini boleh dikenali dengan cara menyelidiki produk yang ditawarkan untuk dibeli melalui laman jualan yang telah mereka sediakan. Walaupun begitu , mazhab yang pertama ini , hanya menawarkan produk-produk yang munasabah dan masuk akal saja untuk di jual di internet. Bukannya produk-produk yang mengarut. Abang Mali rasa kita sebagai pengguna sudah bijak untuk menilai perkara ini. Mereka bukan sahaja menjual produk digital seperti e-buku , perisian , muat-turun lagu dan sebagainya. Malah ada juga di antara mereka yang menjual produk fizikal di alam maya ini seperti jutawan internet Irfan Khairi , beliau menjual peta Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Untuk mengenali siapa yang bermazhab pertama ini kita perlu membuat sedikit kajian tentang latar belakang mereka melalui laman jualan yang telah mereka sediakan untuk menjual produk-produk mereka. Ingat ! Golongan mazhab pertama ini bilangan mereka banyak tapi hanya sedikit yang benar-benar berkualiti. Hai ... macam tu pula yer , Abang Mali! .
Ciri-ciri mazhab ini , mereka biasanya memiliki laman blog mereka sendiri. Ya , mereka memiliki laman blog sendiri. Laman jualan produk pun mereka ada dan laman blog pun mereka ada dan laman forum perbincangan pun mereka ada.

Pastikan semasa kita tersinggah atau terlawat atau melawat laman jualan produk di internet pastikan dulu kita menyiasat siapa mereka itu. Kalau boleh pastikan mereka ada blog tersendiri , dan nama mereka pula dah cukup terkenal di pasaran tempatan atau antarabangsa serta nama-nama mereka cukup dihormati di forum-forum pemasar internet tempatan. Kalau nama mereka tak dikenali tapi produk yang ditawarkan tak mengarut , jangan beli dulu ...!
Buat lagi carian di internet , 'googlekan' enjin google mungkin masih ada produk yang hampir sama ditawarkan oleh mereka yang lebih pakar.

Ingat tu...! Kalau boleh masuk forum perbincangan pemasar internet tempatan seperti di forum Cyberwang.com , di sini bersepah-sepah pakar-pakar IM Malaysia. Kita boleh dapatkan nasihat melalui forum ini mengenai kebuntuan kita dalam dunia berniaga di internet.


Secara mudahnya golongan mazhab pertama ini merupakan perintis sebenar perniagaan di internet. Memiliki ilmu yang mantap dalam online bisnes. Identiti mereka tidak diragui , mereka berniaga secara jelas dan mudah dikenali. Pendek kata , bukan sorok-sorokkan identiti diri.

Mereka memiliki syarikat (kebanyakan IM Malaysia kini mendaftar perniagaan mereka) , sistem , produk , web jualan dan laman blog sendiri serta telah melakukan perniagaan di internet dengan penuh rasa tanggungjawab. Malah mereka ini menyediakan perkhidmatan nasihat selepas penjualan produk mereka. Maksudnya tak lepas tangan bila dah untung... . Bahkan mereka juga mempunyai pengikut setia yang agak ramai. Inilah ciri-ciri mazhab pertama yang memang sentiasa buat duit di internet. Jangan ingat mereka ini buat duit dengan menipu yer... mereka ini memang berniaga. Bukan buat program jana wang yang entah apa-apa tu...!


Golongan kedua pula bermazhab golongan pertama tetapi aliran mazhab kedua ini masih kurang ilmu perniagaan di internet , tak seperti mazhab pertama tadi. Macam mana mazhab kedua ini buat duit di online ?. Baiklah , begini , mazhab golongan pertama tadi telah membuka sekolah aliran masing-masing dan mengambil anak murid untuk di ajar menyampaikan ajaran mereka kepada orang lain. Faham ke tak nie?


Maksudnya , golongan mazhab pertama membuka peluang kepada umum yang berminat untuk menyertai mereka melakukan perniagaan di internet dengan cara menjadi agen pemasaran produk mereka. Istilahnya yang popular ialah AFFILIATE.

Mazhab golongan pertama tadi telah mewujudkan aliran baru dan membuka dimensi AFFILIATE kepada semua yang berminat dan menyediakan ganjaran yang istimewa kepada golongan mazhab kedua.
Kebiasaannya , mereka menyediakan peralatan yang cukup , upah yang menarik untuk mazhab kedua memulakan bisnes di internet. Kerja sudah jadi amat mudah buat penganut mazhab kedua ini. Semua telah disiapkan hanya perlu melakukan pemasaran efektif dengan KUNCI SAKTI yang diberikan oleh mazhab pertama tadi.

KUNCI SAKTI ialah 'ID AFFILIATE' , KUNCI SAKTI ini pula PERCUMA...
Hanya dengan kunci inilah mazhab kedua beroleh habuan jika mereka rajin berusaha dengan bijak dan sanggup menimba ilmu dari pelbagai sumber. Inilah cara mereka yakni golongan kedua beroleh rahmat daripada perniagaan internet.

Maka , sewajarnya kita jangan melibatkan diri dengan AFFILIATE daripada mazhab yang tidak diketahui kesahihannya.
Ingat tu...!!! Jangan ikut mazhab AFFILIATE yang meragukan... itu pasallah sekarang ini orang awam di online fobia dengan AFFILIATE kerana wujudnya mazhab AFFILIATE yang sesat dan menyesatkan orang ramai mengenai kesucian AFFILIATE. Ternodalah sudah maksud AFFILIATE yang tulen sekarang ini dikeranakan golongan pelampau sesat tersebut yang nak buat untung saja-ikut hawa nafsu iblis. Jahanam betul mereka ini.

Golongan yang ketiga , Abang Mali rasa tak payahlah kita bincangkan secara mendalam yer... . Abang Mali harap kita semua sedia maklum mereka ini siapa dan bagaimana mereka menyampaikan dakyah mereka di internet. Contoh , mungkin kita pernah dengar tentang program jana wang PAK MAN TELO , LABU PERAM , SURAT BERANTAI dan sebagainya di dunia kita yang nyata ini. Begitulah juga mereka-mereka ini melakukannya di dunia maya , cuma medium saja berlainan tetapi konsep masih sama.


Fikir-fikirkanlah yer... kita nak masuk golongan yang mana lepas ini?!


Semoga kita berjumpa lagi di artikel yang lain.


Salam.

Bookmark and Share
Bookmark and Share
Anda suka dengan artikel di atas? Silalah melanggan setiap artikel ( 100 pelanggan yang melanggan can't be wrong ) RSS Feed
Sesuatu komen/kritikan yang membina daripada anda akan MEMBANTU PENULIS MENERBITKAN ARTIKEL YANG LEBIH BERMUTU. Oleh itu, sila pos komen anda untuk artikel ini dan kongsikan pandangan anda dengan pembaca/pengunjung yang lain. Saya amat menghargai setiap komen daripada anda.
Add a Reply / Comment
Maka, Pastikan Anda Melanggan :

(Sil'a pastikan anda mengaktifkan 'link langganan pengesahan' di dalam kotak e-mail Anda)

07 Julai 2009

Kesulitan Apa Penyelesaiannya? 

Dicatat oleh abangmali On 11:28 PTG 0 ulasan

Salam sejahtera semua , Abang Mali ucapkan terima kasih kerana masih setia membaca artikel-artikel yang diposkan di sini.

Setiap hari kebanyakan daripada kita yang bekerja '9 to 5' terutamanya di kota metropolitan pasti mengalami kesulitan... . Ayat nie macam tergantung jer bunyinya , ye la kesulitan apa yang dialami?.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi mengenai kesulitan yang Abang Mali nak bahaskan. Satu soalan daripada Abang Mali , anda suka pekerjaan yang bagaimana , makan gaji ke atau bekerja sendiri ke atau kedua-duanya ?.

Sila jawab soalan ini di ruang komen yer...! Soalan cepu emas nie . Abang Mali bertanya begitu untuk mendengar pandangan daripada anda semua di luar sana. Lain orang , lain jawapannya. Lain orang , lain masalahnya. Bukan apa , supaya dengan cara begini (di soal) kita dapat mengerakkan daya fikir kita yang sudah lama terpendam. Bukankah begitu?

Baiklah , kita kembali semula kepada ayat yang mengandungi perkataan kesulitan pada perenggan kedua tadi. Apa yang nak diperkatakan di sini adalah permasalahan yang sering dihadapi oleh mereka yang bekerja dari pagi hingga ke petang terutamanya golongan pekerja di bandar moden.

Kesulitan boleh diertikan dengan pelbagai tafsiran. Mungkin setelah Abang Mali membina ayat itu (sila rujuk semula perenggan ke-2) , kebanyakan daripada kita akan terbayangkan kesesakan lalu lintas yang dialami oleh warga kota. Ye laa... bukan ke warga kota selalu mengalami kesesakan di jalan raya bila nak ke tempat kerja. Jalan yang sesak di awal pagi , tengah hari malah di waktu petang pun sama. Jalan raya sentiasa sesak dengan kenderaan. Terutamanya pada hari bekerja.

Kesulitan mungkin bermaksud kesukaran yang di hadapi semasa melakukan pekerjaan. Setiap kerjaya bukankah mempunyai kesukaran yang berbeza pula. Perkara ini kita semua sedia maklum. Mana sama kesukaran menoreh getah dengan memproses getah. Betul ke tak?.

Mungkin juga kesulitan bererti kepayahan hidup yang di alami oleh warga kota. Masalah ini adalah terlalu umum. Semua manusia tak kira di bandar atau di kampung atau di ceruk hutan , menghadapi kesulitan hidup. Semua setujukan?. Mungkin skop kesulitan itu yang berbeza. Ada orang mengalami kesulitan dengan hutang-piutang. Ada pula yang kesulitan dalam hal-hal rumahtangga , anak tak nak dengar cakap orang tua , penderaan fizikal dan seksual. Macam-macam lagilah. So , perkataan kesulitan ini berkait rapat dengan kita dan tafsirannya pula bergantung terhadap situasi yang kita alami.

Tapi Abang Mali nak fokuskan di sini ialah kesulitan ekonomi kita. Apa tu? Senang cakap periuk nasi kita la. Bukan periuk dan nasi yang di dapur rumah kita tu ye... . Bab periuk nasi nie merupakan masalah besar yang sedang melanda warga kota. Kota raya yang pesat membangun , taraf kos hidup yang kian meningkat , masalah pembuangan pekerja , gaji yang tidak mencukupi , bebanan kerja yang tidak setimpal dengan kadar bayaran dan pelbagai lagi kerenah yang timbul. Cukup-cukup-cukup merungsingkan.

Jika pendapatan kita RM 1000 sebulan bekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur , ianya pasti tidak mencukupi untuk keperluan kita. Bagi yang pandai berjimat , cermat dan hemat , mungkin dapat menabung sejumlah wang daripada gaji tersebut. Jika kita sifat boros , memang tak cukup la jawabnya.

Tetapi jika dikira jumlah gaji RM 1000 itu , ditolak , dicampur , dibahagi , ditolak ... memang tak cukup. Jika bekerja di kawasan kota pesat membangun nie kena pula kita menyewa bersama rakan-rakan , makan di luar , bulan-bulan nak hantar duit kepada orang tua di kampung , nak beli baju seluar , pergi kerja nak bayar tambang bas atau transit , bil elektrik dan air nak bayar , tayar motor pancit , rim kereta hilang , fuhh ... macam-macam hal la lagi nak guna duit , itu belum masuk hutang-piutang dengan bank atau kawan-kawan. Cukup tak RM1000 tu agaknya?.

Kerja dari pagi hingga petang , cukup bulan dapat gaji bayar itu , bayar ini , habis ... . Belum sampai tengah bulan gaji yang baru dapat tadi dah hangus. Masyarakatttt... .

Mana pergi duit gaji kita tadi , kita pun tak tau nak jawab. Tup tup tau ... duit dah nak habis. Pergi la lagi kerja macam biasa , cukup bulan dapat lagi gaji macam tu juga. Duit habis entah ke mana. Tau tau , sampai tengah bulan duit gaji dah habis. Apa nak jadi dengan kita kalau macam nie la keadaannya setiap bulan. Berpanjangan sampai hujung tahun ... , apa nak jadi daa.

Nak kata malas kerja , rajin. Nak kata ponteng kerja , tak juga. Tapi bila gaji keluar jer duit gaji pun turut keluar juga. Macam masuk angin keluar asap. Samdol , kepala dogol. Belum buat apa-apa kepala dah botak.

Itulah kita , lain kali kena beringat-ingat selalu serta merancang kewangan peribadi. Utamakan simpanan kita dulu , kata-kata pakar pengurusan kewangan peribadi Azizi Ali , "Bayar diri kita dulu" , haa nampak tak apa yang dimaksudkan oleh beliau.

Abang Mali mengajak anda dan diri sendiri agar kita merancang kewangan peribadi dengan bijak. Buat simpanan dan mula menabung. Tak ada perkara yang terlambat. Bertindak untuk masa depan kita. Periuk nasi yang kita ada jangan di sia-siakan. Gunakan ia (gaji/pekerjaan/periuk nasi/sumber rezeki) untuk menambah aset dan kekukuhan rizab kita. Ini penting. Masa depan akan sentiasa menjadi sukar untuk dilalui jika kita tidak melakukan perancangan kewangan yang teliti.

Walaupun banyak sumber-sumber untuk menambahkan pendapatan , kita mesti memanipulasikan sumber tersebut. Bagaimana? Mengendalikan sumber berkenaan untuk menambahkan aset-aset kita. Jangan salah faham yer ... bukan dengan cara yang dilarang agama , ikut saluran yang diredhaiNYA.

Banyak tokoh-tokoh usahawan di negara ini yang boleh kita contohi dalam penambahan aset seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Abang Mali tak nak cerita panjang tentang beliau di sini. Sebab fokus Abang Mali ialah tentang kesulitan yang kita alami di dalam kegawatan ekonomi dan apa yang perlu kita buat.

Semua orang sedang gawat sekarang nie. Sama ada dia berharta , kaya-raya , apatah lagi si miskin yang miskin. Sendiri mau ingat laa. Apa pun kita seharusnya berfikir dengan waras dan keluarkan diri dari kemelut ekonomi ketika ini. Cari jalan dan ikhtiarkan. Sebab peluang selalunya berselindung di sebalik sesuatu masalah. Besar masalah , maka , besarlah peluang yang bersembunyi disebaliknya. Renung-renungkanlah.

Maaf jika tulisan Abang Mali nie menganggu anda , tapi itulah hakikat hidup kita yang berpijak di bumi yang nyata. Apa boleh buat , kita buat. Buat sampai jadi. Jika dah buat , dah berusaha sedaya upaya , serahkan kepada YANG ESA. Berdoa semoga DIA memberikan kita jalan keluar yang baik. Amin!

Celoteh Abang Mali sampai di sini saja setakat ini. Lain kali kita cerita lagi yer...

Sekian , wassalam.






Bookmark and Share
Bookmark and Share
Anda suka dengan artikel di atas? Silalah melanggan setiap artikel ( 100 pelanggan yang melanggan can't be wrong ) RSS Feed
Sesuatu komen/kritikan yang membina daripada anda akan MEMBANTU PENULIS MENERBITKAN ARTIKEL YANG LEBIH BERMUTU. Oleh itu, sila pos komen anda untuk artikel ini dan kongsikan pandangan anda dengan pembaca/pengunjung yang lain. Saya amat menghargai setiap komen daripada anda.
Add a Reply / Comment
Maka, Pastikan Anda Melanggan :

(Sil'a pastikan anda mengaktifkan 'link langganan pengesahan' di dalam kotak e-mail Anda)

06 Julai 2009

Kuasa Sebuah Blog ... "SuperBlog" 

Dicatat oleh abangmali On 4:34 PG 0 ulasan

Semalam Abang Mali baru jer mendaftarkan diri dengan salah sebuah syarikat iklan online iaitu Nuffnang. Haa , sekarang blog Abang Mali nie dah melalui satu paradigma baru. Mungkin pihak Nuffnang akan mengambil masa 2 hari untuk meninjau blog ini. Mereka ini memang cekap juga melakukan tugas peninjauan. Setiap blog yang mendaftar akan disiasat dulu barulah iklan boleh diluluskan.

Fenomena berblog ketika ini memang cukup hangat diperkatakan. Ada juda sesetengah pihak yang menolak mentah-mentah pasal blog bila dikatakan yang berblog ini boleh menghasilkan pendapatan. Berblog memang boleh menjana pendapatan jika kita menggunakannya melalui saluran yang betul. Semestinya pula , sikap tuan punya blog haruslah berusaha agar blognya diberikan nyawa iaitu dengan menarik pelawat melalui beberapa kaedah serta formula 'blogging'. Bagi mereka yang baru mungkin formula ini jarang diketahui umum. Sebaliknya , para pengiat blog yang telah lama berkecimpung di dalam arena blog , perkara ini adalah sesuatu yang mudah bagi mereka.

Abang Mali pun masih baru lagi. Banyak perlu belajar , bersabar dan berusaha. Sekurang-kurangnya kaki sudah melangkah , tangan sudah mengayuh. Kemudi perlu diarahkan ke tempat yang betul , kena kuat menongkah arus tapi undur tidak sekali.

Zaman serba canggih sekarang ini , macam-macam perkara yang tak boleh dibuat , jadi BOLEH!. Begitulah dengan blog. Cuma mungkin kita kurang mengetahui kaedah yang sebenarnya untuk memaksimumkan kuasa blog kita. Abang Mali pun masih perlu membuat rujukan di enjin google. Walaupun banyak produk e-buku daripada pemasar internet tempatan kita yang menulis formula berblog serta menjana pendapatan melalui blog , Abang Mali masih mencuba membuat carian sendiri.

Nak berlatih berdikari. Tetapi jalan terbaik dalam kaedah berblog adalah membuat rujukan dahulu di internet bagaimana asas berblog kemudian barulah membeli produk yang di sarankan. Ini kerana banyak kaedah-kaedah berblog sudah dibincangkan oleh pengiat awal blogger. Jalan kita telah pun dimudahkan . Amat senangkan. Abang Mali dulu pun memang tak faham apa itu 'blog' dan apa fungsi 'blog' tu..?. Usah katakan istilah 'blog' , perkataan 'paste and copy' tu pun Abang mali tak tau lansung maksud dan fungsinya. Tapi itu dulu. Sekarang dah terrer... . Hehehe.

Kini kita lihat rata-rata penduduk negara ini sudah tahu apa itu 'blog'. Bagi murid dan para pelajar di peringkat rendah , menengah dan IPT yang celik pengetahuan internet (IT) , perkataan 'B.L.O.G = BLOG' sudah sinonim dengan diri mereka.

Dalam suasana sibuk rakyat kita berblog , Perdana Menteri (PM) kita pun berblog juga beliau memiliki blognya tersendiri , '1Malaysia.com.my'. Syabas kepada PM kita... .




Salah satu cerita yang amat popular tentang blog nie ialah seorang blogger John Wu telah ditawarkan wang berjumlah USD$ 15 , 000 , 000 oleh sebuah syarikat perbankan 'Bankrate.com'. Bankrate.com telah membeli blog John Wu untuk pelan pemasaran jangka panjang syarikat mereka. Ini kerana John Wu telah menghasilkan daya kreativiti melalui blognya dan kebetulan pula blognya ada kaitan yang rapat dengan perniagan Bankrate.com serta blognya pula sentiasa mendapat kunjungan pelawat yang tinggi. Nilai blognya (www.Bankaholic.com) bersamaan dengan RM 49 juta. Bayangkanlah kuasa sebuah blog yang berdaya cipta.






Blog John Wu ini banyak menerangkan tentang hal ehwal terkini perbankan. Jadi , bila pengunjung internet mencari kata kunci "perbankan" di enjin carian , blog John Wu ini akan sentiasa muncul di ranking tertinggi di setiap enjin carian google atau yahoo. Baru berusia 22 tahun ketika blognya ditawar beli oleh Bankrate.com , jumlah wang yang begitu besar adalah seumpama mimpi menjadi nyata. Tup tup dah jadi 'super kaya' kerana memiliki 'super blog'. Fikirkanlah.

Masih banyak lagi cerita serta kisah mereka yang kaya-raya dengan blog. Kita boleh mendapatkan kisah-kisah menarik ini di enjin carian. Abang Mali hanya ingin berkongsi perkara yang boleh membuka minda kita tentang perkara baru seperti blog. Persepsi kita mesti diperbetulkan. Jangan ketinggalan di dalam dunia berblog. Belajar , sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Abang Mali yakin ramai para blogger tempatan yang berkongsi pelbagai kisah hidup dan pengalaman mereka di blog ketika ini. Bilangan mereka pula semakin bertambah setiap hari. Jadi , kita jangan ketinggalan di belakang. Blog bukan setakat diari hidup untuk kita coretkan apa yang berlaku kepada kita sehari-hari. Ia lebih daripada itu.

Nak buat duit dengan blog ... BOLEH. Nak buat perniagaan dengan blog ... BOLEH. Nak berhubung dengan rakan taulan melalui blog ... BOLEH. Nak berkreatif dengan blog ... BOLEH. Nak menjadi HEBAT dengan blog ... BOLEH. Apa-apa aje , semua BOLEH. Insya'Allah , selagi perkara yang nak dibuat tu baik.

Milikilah blog anda sekarang , ianya PERCUMA. Blogger atau Wordpress atau Typepad atau blog yang lain , kita mesti memilikinya. Ianya amat bermanfaat. Gunakan saluran yang betul semasa memiliki blog. Curahkan usaha , dapatkan hasilnya.

Ekonomi sedang gawat-gawat nie , eloklah fikirkan jalan bagaimana nak menambahkan pendapatan bukan menambahkan hutang-piutang. Demi masa depan diri kita , keluarga dan anak-anak kita juga. Sekurang-kurangnya kita buat perubahan untuk diri kita.

Bulan puasa pun dah dekat sangat dah nie. AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN. Mudah-mudahan umur kita panjang dan dapat melaksanakan ibadah puasa pada tahun ini. Carilah punca pendapatan kedua untuk menampung perbelanjaan kita kelak.

Bertindaklah sebelum terlambat , jangan bila nikmat yang kita miliki ini diambilNYA semula , barulah kita nak bertindak. Contoh , dulu ada sepasang kaki tapi tak nak pergi cari kerja , malas banyak alasan , bila MAHA PENCIPTA ambil sebelah kaki kita tu ... barulah terhegeh-terhegeh nak berusaha. Itulah sifat kita mannusia , jarang nak bersyukur bila nikmat tu ada depan mata. Bila nikmat tu hilang baru nak menyesal.

Ada rahmat di sebalik sesuatu. So , jangan lepaskan peluang keemasan ini.

"JOM KITA BERBLOG" !






Bookmark and Share
Bookmark and Share
Anda suka dengan artikel di atas? Silalah melanggan setiap artikel ( 100 pelanggan yang melanggan can't be wrong ) RSS Feed
Sesuatu komen/kritikan yang membina daripada anda akan MEMBANTU PENULIS MENERBITKAN ARTIKEL YANG LEBIH BERMUTU. Oleh itu, sila pos komen anda untuk artikel ini dan kongsikan pandangan anda dengan pembaca/pengunjung yang lain. Saya amat menghargai setiap komen daripada anda.
Add a Reply / Comment
Maka, Pastikan Anda Melanggan :

(Sil'a pastikan anda mengaktifkan 'link langganan pengesahan' di dalam kotak e-mail Anda)

| | edit post

04 Julai 2009

Pendapatan Pasif . . . Sumber Rezeki Penuh Rahmat ! 

Dicatat oleh abangmali On 10:18 PTG 0 ulasan






Syukur , hari ini masih lagi dapat merasai nikmat-nikmat hidup , aman damai , tenang dan indah di bumi Malaysia yang tercinta. Rakyat jelata di bumi bertuah ini sudah pasti mengerti akan limpahan rahmat yang terbentang luas serata pelusuk tanah air , Malaysia.




Syukur , Alhamdulillah... walau apa pun keadaan kita , nasib kita , hal ehwal kita , hatta permasalahan apa saja yang sedang kita hadapi , bersyukurlah kerana hidup di bumi yang aman nan makmur ini. Abang Mali cuma mengungkapkan kebenaran di sebalik suasana negara kita. Ya laa... asyik , hari-hari di media massa jarang kita dengar ungkapan 'negara kita ini aman'. Banyak khabar buruk jer yang kedengaran. Pening juga kepala. Pusing... runsing...!.


Opps , hehehe... Abang Mali melepaskan sedikit kerunsingan dalam kepala nie... sikit jer...! Bila kita ada 'tekanan' tandanya kita ini normallah. Yang tak normal... bila tak ada langsung 'tekanan' atau terlampau pula 'tekanan'. Stress...tahap serius . Bahaya nie. Elok-eloklah pergi jumpa pakar yang berkenaan jika kita mengalami masalah 'tekanan tahap kronik' nie. Ok ke... okay!!! .

Emm... mesti ada yang tertanya-tanya gambar apa yang melekat di dalam pos kali ini. Bagi mereka yang sudah biasa dengan gambar-gambar tersebut mungkin mereka tahu. Namun , bagi pelayar internet baru atau pendatang baru ke dunia 'e-world' serta mereka yang baru berjinak-jinak dengan dimensi 'online' pasti kurang arif tentang isyarat 'papan tanda' gambar-gambar tersebut. Perhatikan anak panah yang menghala ke kotak merah pada gambar berkenaan. Contoh , di bawah perenggan ini... lihat.





Haa ... kalau nak tahu gambar-gambar yang tertera di dalam pos ini adalah berkenaan dengan pengiklanan. Ya , pengiklanan... tapi yang menariknya ia boleh menjana pendapatan sampingan kepada kita. Menarikkan. Emm... tapi jangan salah faham , bukan kita tengok jer... iklan tu kita dapat duit. Jika kita (pelawat/pelayar internet) klik pada iklan tersebut yang terpampang di dalam laman sesawang yang kita lawati , maka , pemilik laman tu la yang akan dapat hasilnya. Macam mana... ok ke okay?

Baiklah , Abang Mali akan terangkan secara ringkas bagaimana proses ini berlaku dan apa yang berlaku. Google , Nuffnang , Adverlet , Bidvertiser , 500ads dan banyak lagi 'nama-nama pengiklan'... apa 'pengiklan'?... Ya , pengiklan... menguruskan iklan untuk disiarkan. Itulah kerja pengiklan. So , Google dan syarikat-syarikat pengiklan ini akan mengenakan bayaran tertentu kepada sesiapa yang ingin mengiklankan barangan atau produk mereka di internet melalui prosedur-prosedur yang tertentu juga.

Macam surat khabar dan media massa yang lain juga laa... buat ruangan iklan untuk dijual. Tetapi perbezaannya amatlah ketara , 'online' dan 'offline'. Abang Mali rasa kita semua faham bunyi tu... 'online' dan 'offline'. Ok. Maksudnya dari sudut kita untuk mencapai sasaran pelanggan melalui 'online' dan 'offline' , amat besar perbezaannya.

Satu perkara yang membuatkan ia lebih menarik , pemilik pengiklan 'online' ini menyediakan sebuah program jana pendapatan sampingan melalui pengiklanan tadi yang dipanggil Pay Per Click (PPC). Ingat , jangan salah faham. Bukan kita klik , kita dapat duit.

Di sinilah fungsi pemilik laman sesawang , para blogger dan sewaktu dengannya mengambil peluang , kesempatan menjana pendapatan. Ya, nak duit kita kena memiliki sekurang-kurang sebuah blog , sama ada blog percuma seperti blogspot atau wordpress ataupun blog yang berbayar.

Kita perlu mendaftar dengan syarikat pengiklan seperti Google atau Nuffnang untuk membolehkan kita layak memaparkan iklan-iklan di blog kita. Kemudian , barulah kita boleh menjana pendapatan pasif. Pendaftaran pun PERCUMA jer... . Bila iklan sudah mula diset untuk dipaparkan , maka , bermulalah episod sumber pendapatan sampingan kita.

Bila ada saja pelawat yang klik iklan yang terpampang di laman kita tu... , mungkin si pelawat tu berminat dengan iklan tersebut , so , sejumlah wang telah pun masuk ke akaun...kita. Mudahkan.

Untuk makluman mereka yang masih baru di arena ini diminta merujuk kepada pakar pemasar internet (Internet Marketer) tempatan yang telah lama berkecimpung di dalam bidang ini. Anda boleh mendapatkan panduan percuma tentang program buat duit dengan Nuffnang di sini.

Kalau rajin , silalah buat carian di google mengenai tajuk 'cara buat duit dengan google adsense' , Abang Mali pasti anda mesti jumpa. Nak jalan mudah klik jer di sini. Maaflah , banyak lagi huraian yang nak diperjelaskan mengenai cara buat duit dengan iklan ini. Tapi , jika kita rajin membuat rujukan di laman sesawang tertentu (yang berkaitan dengan tajuk) pasti banyak informasi yang akan diperolehi. Ia akan memudahkan kita untuk menilai dan bertindak.

Abang Mali berharap , artikel ini dapat membantu anda memahami serba sedikit bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan di internet melalui medium iklan iaitu Google Adsense dan Nuffnang. Walaupun begitu , perlu diingatkan , ketekunan dan sifat sabar adalah antara penyebab kejayaan kita di dalam apa jua bidang yang diceburi.

"Usaha tangga kejayaan" , tiada jalan pintas. Berfikirlah sebelum bertindak , fikir masak-masak. Semoga lembaran hidup baru yang penuh makna menanti kita di akhirnya. Jalan telah sedia ada , hanya menanti kita untuk mengharungi laluan dan liku-liku itu. Bertuah sungguh kepada mereka yang telah melaluinya serta mendahului kita. Terserah... .

Insya'Allah , pada masa yang lain , Abang Mali akan menulis lagi berkenaan tajuk yang lebih mencabar. Terlalu banyak mereka yang pakar-pakar di luar sana mengenai tajuk yang telah Abang Mali bincangkan ini. Cuma Abang Mali ingin berkongsi pendapat dan mengajak mereka yang masih belum sedar agar bermula merubah keadaan mereka sekarang. Ya , SEKARANG!

Salam , sekian.










Bookmark and Share
Bookmark and Share
Anda suka dengan artikel di atas? Silalah melanggan setiap artikel ( 100 pelanggan yang melanggan can't be wrong ) RSS Feed
Sesuatu komen/kritikan yang membina daripada anda akan MEMBANTU PENULIS MENERBITKAN ARTIKEL YANG LEBIH BERMUTU. Oleh itu, sila pos komen anda untuk artikel ini dan kongsikan pandangan anda dengan pembaca/pengunjung yang lain. Saya amat menghargai setiap komen daripada anda.
Add a Reply / Comment
Maka, Pastikan Anda Melanggan :

(Sil'a pastikan anda mengaktifkan 'link langganan pengesahan' di dalam kotak e-mail Anda)

03 Julai 2009

Bila Tarikh Peperiksaan Awam 2009 di Malaysia...? 

Dicatat oleh abangmali On 10:30 PTG 0 ulasan

Pejam celik tup tup sudah genap 7 bulan 3 hari (setakat tulisan ini diterbitkan) kita berada di dalam tahun 2009 ini. Alhamdulillah , syukur kepada Allah s.w.t di atas limpahan nikmat yang diberikanNYA kepada kita. Baiklah , Abang Mali hari ini nak mengingatkan adik-adik kita yang masih belajar sama ada di sekolah menengah atau rendah bahawa tarikh Peperiksaan Awam 2009 di Malaysia semakin hampir.

Elok sangatlah selagi masa masih ada ini , kita gunakan untuk membuat ulangkaji soalan-soalan koleksi peperiksaan sebenar tahun-tahun lepas ye... . Persediaan awal adalah penting untuk meraih hasil yang lumayan. 'Sediakan payung sebelum hujan' , mmm... mendalam maksudnya tu...
Fikir-fikirkanlah ye adik-adik. Jangan asyik ingat nak main jer... utamakan dahulu perkara yang penting. Okay.

Abang Mali pun sekarang sedang menyiapkan beberapa tugasan untuk membantu para pelajar di kampung Abang Mali. Tugasan ini khas bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR saja... . Abang Mali sebenarnya akan mengendalikan kumpulan perbincangan (brainstorming studying group) di kampung. Hanya terhad kepada sebilangan pelajar yang berminat saja. Perbincangan kumpulan tersebut lebih tertumpu kepada cara bagaimana nak menjawab soalan-soalan matematik. Itu saja. Matematik. Topik subjek lain tak akan dibincangkan.

Kumpulan pelajar ini akan diajar bagaimana nak menjawab soalan matematik sahaja subjek lain tiada hanya matematik , Abang Mali bukan buat macam kelas tuisyen tapi lebih kepada kaedah mentor-mentee (motivasi), 'coaching' , 'face to face' (bersemuka) , kumpulan ini akan diberikan pendedahan telus teknik-teknik menjawab soalan-soalan matematik. Haa... begitulah secara ringkasnya tentang perancangan yang akan Abang Mali laksanakan dalam bulan ini. Insya'Allah.

Para pelajar yang akan menyertai kumpulan ini akan dibimbing secara berterusan sehingga peperiksaan UPSR tamat. Jumlah pelajar yang akan dipilih untuk menyertai kumpulan ini pula adalah terhad kepada 15 orang pelajar saja. Bukan apa , Abang Mali nak berikan fokus 100% kepada 'mereka-mereka ini' agar dapat mencapai sasaran.

Abang Mali akan menggunakan soalan-soalan ramalan daripada MAKTAB ADABI GAYA POS (MAGP). Soalan ramalan yang dikeluarkan oleh pihak MAGP adalah menepati piawaian soalan sebenar. Lagi pula , MAGP sudah beroperasi semenjak tahun 1971. Kalau adik-adik berminat nak dapatkan soalan-soalan ramalan , maka , MAGP adalah tempat yang sesuai. Abang Mali pun beli secara on-line jer... . Mudah.

Baiklah , Abang Mali akan sertakan di sini tarikh sebenar Peperiksaan Awam 2009 di Malaysia. Sila lihat gambar web di bawah perenggan ini. Salin tarikh tersebut dan simpan. Mungkin adik-adik masih belum dapat lagi jadual peperiksaan sebenar daripada pihak sekolah.




Maaf , jika 'screen shoot' ini kurang jelas tapi Abang Mali rasa adik-adik boleh nampakkan.
Okay . Diharap adik-adik semua berjaya dan sukses menghadapi peperiksaan masing-masing.

Good Luck !


"Jika hendak seribu daya , jika tak mahu seribu dalihnya" ...

(Ingatlah mereka yang tersayang!)


Sekian.








Bookmark and Share
Bookmark and Share
Anda suka dengan artikel di atas? Silalah melanggan setiap artikel ( 100 pelanggan yang melanggan can't be wrong ) RSS Feed
Sesuatu komen/kritikan yang membina daripada anda akan MEMBANTU PENULIS MENERBITKAN ARTIKEL YANG LEBIH BERMUTU. Oleh itu, sila pos komen anda untuk artikel ini dan kongsikan pandangan anda dengan pembaca/pengunjung yang lain. Saya amat menghargai setiap komen daripada anda.
Add a Reply / Comment
Maka, Pastikan Anda Melanggan :

(Sil'a pastikan anda mengaktifkan 'link langganan pengesahan' di dalam kotak e-mail Anda)

02 Julai 2009

Masih Jauh Tapi Dah Dekat 

Dicatat oleh abangmali On 11:14 PTG 0 ulasan

Fuh... sampai berpeluh-peluh kening , dahi berkerut , kepala pun panas macam nak meletup dibuatnya bila bermain dengan css kod untuk menokok tambah widget di dalam templet blog ini. Memang payah juga... tapi kerana niat di hati berkobar-kobar nak berblog maka usaha , fokus dan keazaman terpaksa dicurahkan 200%.

Cuba dan gagal , cuba dan gagal , cuba dan gagal lagi... itulah yang perlu dihadapi semasa mempelajari perkara baru. Templet blog Abang Mali ini memang agak sukar untuk di tambah beberapa css kod untuk widget tertentu kerana ia bercirikan wordpress dan ciri-ciri widget serta lamannya pula telah ditingkatkan fungsi oleh saudara falcon hive. Banyak templet-templet berkuasa wordpress yang menarik di sini. Maka , blogger baru macam Abang Mali nie mungkin akan mengalami kesukaran untuk memahaminya.

Terasa kecil benar diri ini jika dibandingkan dengan pelbagai perkara yang ada di dunia blogger. Rasa terkilan juga pun ada. Dulu asyik melayari internet jer tapi tak cuba nak menggunakan kemudahan seperti blog ini untuk mendatangkan menafaat. Rugi betul rasanya...ye laa... mereka-mereka (para blogger) sibuk berblog cari makan, kita pula sibuk berlayar jer tanpa buat apa-apa. Macam orang yang berlayar di laut cari rezeki mana sama dengan mereka yang belayar di laut cari hiburan.

Memang rugi sangatlah kita kalau kemudahan mencari ikan di laut tanpa pergi ke laut dah ada di depan mata tapi tak nak dimanfaatkan. Amat besar kerugiannya. Abang Mali sekarang ini pun sedang berjinak-jinak dengan dunia blogger. Walaupun masih banyak perkara yang perlu kita belajar tapi kalau minat dah ada... rasa susah tu akan jadi mudah jer...

Tadi ada laa pergi godek-godek kat google cari macam-macam maklumat nak siapkan templet nie... so dapatlah berkenalan dengan beberapa blogger yang lain. Ada yang dari luar negara dan di dalam negara. Tapi bukan berkenalan dengan mereka pun... berkenalan dengan blog-blog mereka saja laa...

Banyak betul idea-idea yang mereka curahkan kat blog masing-masing. Memang dahsyat. Macam-macam ada. Pelbagai perkara yang mereka kongsikan dari A sampai Z. Inilah dunia blogger , dunia maklumat.

Tapi bagi kita yang masih baru , saran Abang Mali fokus kepada satu-satu maklumat dan kuasainya dulu. Barulah kemudiannya menguasai pula maklumat yang lain pula. Jangan kena virus 'overload information' sudah. Pasal zaman sekarang ini zaman maklumat , so kekadang tu kita yang masih baru berjinak-jinak dengan dunia informasi memang akan menerima limpahan maklumat yang amat dahsyat.


Jalan yang terbaik adalah kita perlu kuasai dulu asas-asasnya , cari dan belajar dengan mereka yang arif. Dalam arena dunia blogger nie memang banyak sifu-sifunya. Terlalu banyak tempat rujukan yang boleh kita lawati di dalam blogger. Bersepah-sepah. Tapi awas , selidiki serba sedikit laman blog mereka dulu. Buatlah research tentang latar belakang pemilik blogger berkenaan jikalau boleh. Bukan apa , takut-takut nanti terjebak pula dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Faham-faham jer laa... .

Mmm... belum siap lagi laman blog Abang Mali nie. Kena buat banyak kerja lagi nie. Celoteh panjang-panjang bagus juga jika ada hasilnya. Maaf laa... Abang Mali nie budak baru belajar. Tak pandai sangat nak ulas berjela-jela. Okay , setakat ini dulu coretan Abang Mali. Insya'Allah jika ada kelapangan kita akan berblog lagi.

Salam persahabatan kepada semua.

Sekian.





Bookmark and Share
Bookmark and Share
Anda suka dengan artikel di atas? Silalah melanggan setiap artikel ( 100 pelanggan yang melanggan can't be wrong ) RSS Feed
Sesuatu komen/kritikan yang membina daripada anda akan MEMBANTU PENULIS MENERBITKAN ARTIKEL YANG LEBIH BERMUTU. Oleh itu, sila pos komen anda untuk artikel ini dan kongsikan pandangan anda dengan pembaca/pengunjung yang lain. Saya amat menghargai setiap komen daripada anda.
Add a Reply / Comment
Maka, Pastikan Anda Melanggan :

(Sil'a pastikan anda mengaktifkan 'link langganan pengesahan' di dalam kotak e-mail Anda)

Dapatkan Artikel Terus ke Email Anda

Dapatkan terus artikel-artikel daripada AbangMali.blogspot.com ke email anda!Sila masukkan email anda di bawah:

Dihantar oleh FeedBurner

Powered by FeedBurner